Little Paris


dont be so quick to judge me. you only know what i choose you to know about me ツ
Princess
23rd February
castle
Facebook | Twitter



Diary Owner Friends Stuff


For you :)


| https://pbs.twimg.com/media/BZf3C
LCCAAAwfbV.png:large |



URL blog wajib bukan email .
Tapi if takde blog , nak letak URL FB or Twitter pun boleh :)
Don't put your ADS link .
Please put your link correctly .
NO harsh words allowed here .






Template: pandai bijak
Basecodes: cantik
Others:   


Interview Mass Communication
Tuesday 13 September 2016 | 1:49 pm | 0 sweet cupcake


Dear Diary,

So berdasarkan topik harini, aku nak cerita pengalaman aku di interview secara formalnya di UiTM Shah Alam pada hari Sabtu 23 April 2016 yang lepas. Seriously tak sangka dapat panggilan temu duga ni sebab course ni bukan first choice aku pun hee, so muka aku bila dapat tahu aku di panggil temu duga adalah macam ni 



Haha, over kan ? Heh kesah apa aku *letak tangan atas bahu* em. Okay Puteri sila stop membebel please ~

Nak dijadikan cerita, aku kena buat qti motor (qti is pra ujian sebelum jpj) pada hari dan masa yang sama. Tempat lain tau :p So aku minta tolong mama call pihak universiti dan tanya boleh ke datang lewat semua dan dia bagi. Tapi bayangkan lah kat litar dari pukul 8 sampai pukul 12 tunggang motor heh gila tak penat ? Dengan berdebar nak buat qti tu lagi. Oh and for your information, aku siap bawak segala macam kertas yang aku perlu hafal untuk interview nanti sampai lunyai kertas tu aku pegang hehe *peace* Act aku bukan semangat tau nak di interview tapi lebih kepada takut kalau tak dapat jawab ke pe, kan buat malu em.

So pakaian masa temu duga tu aku pakai simple and formal lah : baju kemeja, seluar slack and shawl hitam. Nak pakai baju kurung sebenarnya tapi rasa macam cikgu-cikgu dan gila ke nak tunggang motor pakai baju kurung ? Phew saya tak dapat bayangkan dan hah, awak awak semua pun tidak dibenarkan sama sekali untuk membayangkan nya. Em ayat apa aku guna ni heh.

Jadi temu duga ni di bahagikan kepada dua bahagian : bertulis dan lisan. Soalan untuk bertulis tu aku rasa dia takkan tukar, kita nak pergi interview en mesti buat research sikit lagi lagi bila dorang cakap kena buat essay hah gelabah lah nak baca pengalaman orang semua *kenyit mata*

Soalan essay : 1) What do you know about Mass Communication?
                        2) Why do you choose this programme ?
                        3) How you can contibute to this programme ?

So dia suruh buat essay ni dalam 200-word essay but masa tu aku buat rasanya tak sampai 150-word pun haha. Well, aku pun memang tak harap dapat course ni, so aku buat apa yang aku mampu jelah kann.

After aku buat essay ni sensorang (maklumlah, aku dah lewat masa tu) so aku pun dibawa ke bilik or makmal computer something, tunggu giliran untuk interview. And interview ni dibuat by group, mungkin dah lewat sangat kut masa tu, i don't know or maybe memang macam tu cara mereka interview.

Time group aku di-interview, kita orang ada dalam 6 orang dan semua perempuan, so takdelah malu sangat. Orang yang temu duga kita orang tu ada dua orang, sorang perempuan sorang lelaki. Act first impression aku bila nampak perempuan tu, aku rasa dia agak garang, haha but aku salah, act dia friendly and cakap lembut je hee, so takdelah takut sangat masatu. 

Antara soalan yang ditanya em adik beradik berapa, hobi, parents kerja apa, masa sekolah unit beruniform apa haa cemtu lah soalan dia. Basically pasal diri korang dan bukan soalan KBAT like university mana yang keluarkan paling banyak mahasiswa dan mahasiswi yang berjaya dalam bidang masscom ini, hm x) And fyi, kena jawab dalam english tau. Alah lek je, aku punya english masa tu pun tunggang langgang, dengan nervous nya masa tu, kau cakap je apa apa asalkan nampak yakin dan please kawal nervous tu, cakap memang senang but hey semua orang ada nervous masing masing cuma pandai kawal atau tak je :)

Remember this thing " Kalau Allah tak tahu kau boleh hadap benda tu atau tak, Dia tak bagi kau ujian tu " So, after dah habis interview buat apa lagi, balik ahh haha.

Aku harap entry ni dapat membantu lah orang yang bakal hadapi sesi temu duga akan datang. Kk, banyak sangat bebel dah ni, see ya !

Mood : Assignment banyak wui!

Love, Syira
13 September 2016 1:49 PM