Little Paris


dont be so quick to judge me. you only know what i choose you to know about me ツ
Princess
23rd February
castle
Facebook | Twitter



Diary Owner Friends Stuff


For you :)


| https://pbs.twimg.com/media/BZf3C
LCCAAAwfbV.png:large |



URL blog wajib bukan email .
Tapi if takde blog , nak letak URL FB or Twitter pun boleh :)
Don't put your ADS link .
Please put your link correctly .
NO harsh words allowed here .






Template: pandai bijak
Basecodes: cantik
Others:   


Reposting
Monday 28 March 2016 | 3:38 pm | 0 sweet cupcake

Dear Diary,

Harini aku nak repost balik post yang aku pernah post dulu. Haha ayat apa aku guna ni *gelak keluar air mata* ceh aku ni over je lebih heh.
Why aku repost ? Sebab dulu aku post, masa zaman rempitz jadi korang faham faham jelah yang bahasa aku gunakan dulu tu singkat singkat macam tak pernah belajar ABC masa tadika hee.

So here it is , Andai Lelaki Tahu .
# Mental note : Aku tak jiwang *peace*

Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segala tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya.

Andai lelaki tahu, apabila seorang perempuan mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu, apabila seorang perempuan sedang bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki itu mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu, apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya. Tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat sahaja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang kita pada seseorang, semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu, apabila seorang perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik. Bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu, apabila seorang perempuan cemburu dan tidak mempercayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang, tetapi dia terlalu sayangkan anda dan menganggap anda masih anak kecil yang memerlukan sepenuh perhatian. Kadang kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percayakan anda, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat, dia hanya mahukan yang terbaik buat anda.

Andai lelaki tahu, apabila seorang perempuan merajuk, jangan kata dia mengada ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian anda yang boleh buat perempuan rasa lebih dihargai.

Andai lelaki tahu, apabila seorang perempuan jarang mengatakan iloveyou itu tidak bermakna dia tidak menyintai, tetapi dia mahu lelaki itu rasa sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata kata, tetapi melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu, apabila seorang perempuan kata dia merindui anda, dia benar benar memaksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sering bermain di matanya.

Andai lelaki tahu, apabila seorang perempuan kata lelaki itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata katanya kerana dia hanya ingin menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamu lah yang terbaik dihatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah walaupun perempuan menganggap masih ramai lelaki yang lebih baik di matanya, tetapi dihatinya kamulah yang terbaik.

Andai lelaki tahu, apabila seorang perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil, tapi dia ingin melihat sejauh mana lelaki iu sanggup bersabar dengan kerenahnya. Percayalah hati perempuan itu sangat lembut, Andai kena dengan caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikiran dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu, apabila seorang perempuan berkata "tolong tinggalkan saya!". Dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar benar menyintai anda. Dia terlalu emosional, tapi dialah yang terlalu menyayangi anda dan sangat sensitif pada perubahan diri anda.

Andai lelaki tahu, sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki berasa selamat ketika bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah, tapi dia mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh menggoncang dunia dan mungkin boleh pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi, hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja, tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.


Mood : Penat
Love Syira

28 March 2016 3:38 PM